Rabu, 30 Julai 2014

Salam Lebaran

cerita tentang akuassalamualaikum dan salam lebaran buat seluruh umat Islam di dunia..

setelah sebulan berpuasa, akhirnya syawal menjelma, menandakan berakhir ujian kita kepada Allah S.W.T..

apa cite semua? penuh ke puasa 2? mesti ada yg xpenuh puasa kan? hahaha... perkara biasa la tu.. geng plastik hitam la kata kan.. hahaha...

soalan raya yg popular untuk aku tahun ni:
1. bju raya berapa pasang?
2. tema apa tahun ni?
3. banyak buat kuih?
4. raya kt mana tahun ni?
5. buat open house tak?

so, aku nak jwb semua soalan yg d beri.. 1. bju raya aku sepasang je.. mana penah aku prepared lebih dr sepasang setahun.. xmampu.. 2. tema tahun ni hijau daun pisang.. sedondon 1family tahun ni.. amacam? kacak/tampan/bergaya x aku? (gambar) 3. kuih mmg bnyk tp aq wt 1, adk perempuan aku wt 1.. yg lain semua wt kt kedai (kuih tunjuk la...) 4. patut nya aku raya kt kampung ayah aku kt bagan serai, tp sbb ayah aku blk raya last minutes, so terpaksa batal kn niat tu.. raya ipoh je la.. 5. open house ea? aku pon tak sure la.. kne tgk budget aku gk..

aku nak cerita sikit memori/kenangan 1 Syawal aku tahun ni, tahun 2014..

cerita tentang aku
haaa... yang ni Encik Ahmad dan Puan Zuraida... ni la babah & ibu aku.. amacam? sweet tak? hahaha... mesti la sweet... kalo tak, mana nak dapat nya aku... =P





cerita tentang aku

cerita tentang aku
ni plk antara jemaah surau yg datang takbir d setiap rumah yg d jemput untuk d takbir kan.. tradisi kami d kampung manjoi sejak dulu lagi.. ni je yg ada dlm gambar, yg lain g isap rokok kt luar kalo tak silap..





cerita tentang aku

cerita tentang aku
ptg tu kami g beraya plk.. ni dekat rumah kak mak aku.. aku panggil dia mak.. semua berkumpul kt sne, penuh gk 1 rumah.. aku sendiri naik pening..



walaupon raya tahun ni raya yg paling simple, korang pon nampak kn.. xde yg best aku nak share sgt.. tp aku bersyukur, walaupon simple, family aku still ade kt sisi.. bagi aku raya tak kan meriah kalo bergantung pada perbelanjaan yg d labur kn je, tp raya akan lebih meriah bila kita tahu cara nak meriah kn suasana raya tu sendiri..

akhir kata, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN daripada saya Muhammad Amirul bin Ahmad sekeluarga.. buang yg keruh, ambil yg jernih.. salam sayang d aidilfitri..
Assalamualaikum..

Ahad, 6 Julai 2014

Racer Jiwa Ku

salam ramadhan wt kwn2 seISLAM semua..
sedar tak sedar hari ni telah masuk nya hari ke8 kita berpuasa..
cepat betul masa berlalu kan..

dah terlanjur buka cerita pasal puasa ni, aku nk share sikit kenangan aku masa kcik2 dlu..
so aku start dgn cerita ni.. RACER JIWA KU!
gempak tak tajuk cerita ni? haha..
mula cerita, time orang terawih aku dgn kwn2 jalankan 1 aktiviti.. race basikal..
nakal 2 memang nakal.. tapi nak buat cm mana.. bdk2 lagi kan masa 2..
tiap malam orang dok kusyhuk solat terawih, aku dgn kawan2 ni mula la operasi..
set jalan mana nak ikut, berapa round, menang dapat apa..
selalu nya jalan pusing surau je, menang dpt bangga je la.. haha..
so dah set semua 2, keluar la basikal2 katak (basikal bdk2) yang dh d modified..
ada yang letak batang lolipop, batang aiskrim kt rim basikal..
tujuan dia? aku pon xtahu 4 what.. rasa nya untuk bagi nampak gempak kot..
yela, ingat motor je ada bunyi ke, basikal pon ada ok.. so baru feel nk race.. haha..
kumpul bdk2, basikal dan sesi ceramah & undang2..

3! 2! 1! MULA!
mula la race cap katak td 2.. dgn bangga basikal masing2 membuat onar masa orang solat..
siap ada yang letak bunga api lagi.. tujuan? suluh jalan katanya.. haha.. ape bengong bdk2 ni.. (aku la 2)
pusing keliling surau dlm 2@3 round.. sorang demi sorang pecut cam jalan 2 bpk dia ada share..
solat terawih tak nak, race nak.. apa nak jd pon tak tau la..
tp nak d jadikan cerita, member aku yg leading ni xde brek, kt depan pulak simpang pasir..

udah cam mana ni yop?

so member aku yg pasrah ni die "PEJAM MATA", langgar timbunan tanah yg ada kt tepi jalan 2,
basikal dgn die sekali melambung ke pagar rumah orang..
benda pertama kitorang buat ialah GELAK..
kah..kah..kah..kah..kah..!!
mau tak.. yg dia g pejam mata buat apa.. bengong betul..
nasib baik pagar dawai 2.. kalau pagar batu, tak pasal pecah kepala..
kerja gila.. finally semua stop race.. takut jd cam member aku 2..

HAHAHAHAHA....
bila d ingat kan balik, cerita balik dgn member2, memang tak kering gusi gelak..
kadang2 aku pon tersengih sorang2 bila teringat zaman bdk2..

ok la.. ada lagi sambungan sebenarnya ni..
kerjaya kitorang tak berhenti kt situ je.. ada lagi game lain yang kami set..
just tunggu je sambungan dari aku..
salam..

Hari pertama aku guna blog

hari ni hari pertama aku menggunakan blog..
entah apa la mimpi aku tiba2 nk guna blog ni..
just follow me, and I'll serve korang dengan kisah hidup aku..
mybe aku bley share serba sedikit kenangan & pengalaman aku selama hayat ini..